you rock guys~

suka blog ni tak?

Friday, December 30, 2011

keistimewaan sujud dalam solat

assalamualaikum.....

Selamat Hari Jumaat semua....hari yang penuh barokah nie....
alhamdulillah....masih berpijak di bumi ciptaanNYA...
hari nie bersempena dengan hari yang mulia saya ingin kongsi beberapa keistimewaan
sujud dalam solat.....solat merupakan tiang agama yang wajib kita laksanakan....
adakah kita tahu apa kebaikan yang terselindung di sebalik ibadat wajib ini?
mari kita bersama selaminya.....


Antara keistimewaan sujud dalam solat ialah :

  1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
  2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  3. Melegakan sakit hernia.
  4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  7. Meringankan bahagian pelvis.
  8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
  10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
  12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).
  13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.
  15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Lihat , memang tidak pernah disangka begitu banyak keistimewaan sujud dalam solat....
bagi pelajar , sujud dalam solat amat penting kerana ia dapat membantu otak menerima banyak bekalan oksigen....tidak terlepas juga untuk semua umat islam...kita telah diwajibkan solat, sejak berumur 7 tahun....jadi renung2kanlah dan selamat beramal....
 sekian...wsalam....wallahualam...