you rock guys~

suka blog ni tak?

Sunday, April 22, 2012

sweets moment with them

assalamualaikum w.b.t.........


hye... thanks sebab sudi singgah sini bace entry yang tak berapa nak best ni....actly saya baru sangat nak kenal dengan system blog ni yang baru.... pelik sikit...so memang agak kekok la... tapi tu tak jadi masalah tok berblog kan....so korang semua ape khabar? diharap sihat sentiasa....apa program weekend hari tu? mesti best2 jugak kan....


a'famosa resort~ uhh memang the best among the best lah.... hihi... kenape? sebab memang dah best...nak buat macam mane kan... heee... xdelah...
program belia yang diadakan kat sana memang best... semuanya ok.... xde kritikan... hehe...


ok ni ada sikit picture untuk korang....



muke saya tak 'ok' 



rakan2 belia palong 3



minum petang



suka suki ~



afiq and the geng



abang besar and the geng



tarian tangan ~ !! hahahaha





fazlan



jejaka baik hati sesuai untuk yang sedang mencari calon



err.... yang nie shafiq... 
caption for this picture : TIADA



farid , nana , kak yu , and juremy ~
(sesedap eja name orang..maaf ye abang besar.. hihi)



with kakak cute + cun + hot



yang ni saje test snap muke ~


haaaa....tu jela pic yang saya ade...
banyak lagi sebenarnya...tapi cukup lah yang tu je sebab tak larat dah ni...hihi...

ok akhir kalam..thanks to en2. fesi yang bagus.....jangan putus untuk adakan program yang macam ni lagi untuk masa akan datang...untuk sahabat2 belia....and semua yg join lah...
haha tak taw dah nak tulis ape... ngantok sangat dah... ok tu jela...
jumpe lagi di entry yang seterusnya....
wsalam...



Monday, April 16, 2012

Spesifikasi calon suami yang 'bolehlah' dibuat suami :::


1. Solat fardhu cukup 5 waktu.


2. Ada kerja gaji RM800-1500 dan ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh hantar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.



3. Ada kenderaan: motor kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.



4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.



5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”



6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Takdelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.



7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwa gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.



8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.



9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm.. ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”



10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.



11. Kalau dia jenis diam takdelah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun takdelah sampai dia mengata-ngata orang lain.



12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.



13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.



14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.



15. Jenis senyum sokmo.



16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu – UAI)



17. Pandai masak sekurang-kurangnya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD atau tempat-tempat makan yang pelik-pelik nama dia menu yang mahal-mahal sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.



18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan-kawan isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur untuk raikan tetamu.



19. Jenis pembersih gak la. Masa muda-muda dia tak de la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari-hari nak ngadap Allah, bukan nak wangi depan manusia je.



20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak-anak tentang kematian dan amalan agama. “Sayang, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam.. Ingatlah detik kematian tu makin hampir.”



21. Dia sentiasa nak berubah bersama-sama isteri dan anak-anak dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.


bersama mengingati.... :)

Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati


1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".




2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
... "Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".



3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".



4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".



5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".



6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".



7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".



8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".



Silalah SHARE untuk kebaikan bersama. :)

Thursday, April 5, 2012

::: maafkan :::

assalamualaikum....

hye semua pembaca yang sudi singgah kat blog sy nie....
ape khabar? harap sentiasa sehat...
1st of all sy nak minta maaf dengan AWAK...mungkin disaat nie sy harus settle kan masalah sy...
tapi sy pilih untuk berdiam dan reda kan keadaan seketika...tak bermakna sy hilang...

korang....mesti dalam perjalanan hidup korang , korang penah rase macam ni kan....
" best nyer kalo dapat jadi macam dia..."
tapi pernah tak korang realise...sebenarnya jangan korang sangka hidup orang
yang luarnya nampak senang...bahagia...selamat.... tu di dalam nya terlalu tak ade kepahitan yang harus
ditempuh untuk mencari kesenangan tu.... 
kita juga layak dapatkan kebahagiaan seperti mereka jika kita susuli keinginan tu dengan 
USAHA.....betul tak??


tapi usaha yang di lakukan tu biarlah untuk sesuatu yang membawa MANFAAT
or kate lainnya kebaikan.... jangan kita inginkan kebahagiaan... tapi kita hancurkan kebahagiaan 
orang lain.... jangan sama sekali buat macam tu....
kebahagiaan yang kita peroleh tu mesti tak akan kekal lama...
PERCAYALAH~


hm... korang.... korang pernah tak letakkan kepercayaan yang tinggi pada seseorang..?
tapi akhirnya korang sakit kerana orang yang diharapkan tak mampu bagi 
setinggi itu...? 
moral of the story : 

1-kita jangan letakkan kepercayaan yang terlalu tinggi pada seseorang kerana
if dia lakukan kesilapan , kita akan jatuh tersungkur.....
2- kita jangan sayang seseorang terlalu besar , lebih dari yang sepatutnya sebab one day , dia akan 
jadi insan yang paling awak BENCI... sebab awak sayang tuk hilang dia....
3- bila berkawan , biarlah besederhana... jangan terlalu rapat.. jangan terlalu percaya.. jangan 
terlalu terbuka... sebab ape sy cakap mcmni? sebab mmg dah berlaku dalam dunia sekarang....
kawan makan kawan...tikam belakang... and macam2 lagi kan..
bukan nak tuju kat sesape.. tapi buat renungan semua...


last but not least i want to say sorry to all my friends....
terlalu banyak salah silap...terkasar bahasa...sy sedar sy mmg seorang yang tak boleh 
terima kesilapan sendiri... tapi korang jangan la ego juga.. sampai dah tak mengaku kawan , mmg tak boleh nak selamatkan lagi lah... orang sekeliling always akn jadi penambah perisa.. garam gula....
sorry again...
for you dear , im so sorry... bukan ingin menjauhkan diri , tapi sy sangat terasa , sedih , kecewa ,
terluka... really hope you will understand...
for my sister , i love you.. i miss you... im sorry... 
mybe im too selfish.. but sincerely , i always try to be the best for you...although im not the 
best like them...i always try...


for all , thanks for reading~!
love you all so much....! muahbabah...
wasalam...